SORRY. WE ARE CURRENTLY PERFORMING SITE MAINTENANCE

PENGUMUMAN

Sunday, August 30, 2009

KEMERDEKAAN KE 52

31 Ogos 2009 - Tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.


Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Read more...

Friday, August 28, 2009

LAMAN BLOG MENARIK

Rugi jika anda tidak melayarinya. Layari blog Gerakan Anti PKR. Klik di sini..

Read more...

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Ikhlas daripada

KETUA UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA,
KETUA PENERANGAN BAHAGIAN KOTA RAJA,
DAN BARISAN AHLI JAWATANKUASA BIRO PENERANGAN
UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA.

Read more...

Thursday, August 20, 2009

PETIKAN MENARIK BLOG...

Klik di sini...

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

MASUK SYURGA ATAU NERAKA URUSAN ALLAH - FATWA KEBANGSAAN

Ini merupakan fatwa kebangsaan dan bukanya fatwa Pak Aziz.

Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk syurga atau akan ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin. Beliau berkata, keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu.

Katanya, keputusan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Raja-Raja Kali ke-188 pada Mac 2001 dan menambah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membincangkan isu itu sejak tahun 2000 lagi. “Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

" Saya bangga dengan kebolehan Nik Aziz kerana boleh tentukan syurga atau neraka untuk sesiapa sahaja. Mungkin dia dah turun ke bawah, untuk melihat sendiri syurga dan neraka hingga boleh ceritakan siapa yang akan masuk. Setahu saya hanya mereka yang dah mati boleh tengok syurga atau neraka, itu pun tidak boleh balik ke dunia untuk ceritakan semula," kata Tun Dr. Mahathir

Dengan secara sinisnya menyatakan kebanggaan dan kekagumannya terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menjadi satu-satunya manusia yang boleh menentukan syurga atau neraka kepada manusia.


Read more...

Tuesday, August 18, 2009

FATWA PAK AZIZ 100% SESAT

Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.

''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak. ''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dipercayai bermotif politik berikutan persaingan Pas dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir 25 Ogos ini.

Read more...

Monday, August 17, 2009

AHLI UMNO TAK AKAN MASUK SYURGA - PAK AZIZ

Nizar yang bakal masuk SYURGA

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.


Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.


“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pak Aziz penghuni SYURGA...


Read more...
Sila klik tajuk pada ARKIB BLOG untuk melihat "post-post" yang telah disiarkan.
KEMASKINI TERAKHIR : 26 SEPTEMBER 2009

2009 © Hak Cipta Biro Penerangan UMNO Bahagian Kota Raja
Paparan terbaik menggunkan Mozilla Firefox 3. Klik di sini untuk memuat turun.
Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam laman ini.

  © 2009 BIRO PENERANGAN UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

Kembali ke ATAS