SORRY. WE ARE CURRENTLY PERFORMING SITE MAINTENANCE

PENGUMUMAN

Wednesday, July 29, 2009

PERANAN MASJID - Petikan Blog MB Perak

Saya tertarik dengan kenyataan Yang diPertua PAS Parit Buntar (Sinar Harian, 27 Julai, 2009)yang meminta saya mengotakan janji supaya masjid tidak dijadikan gelanggang politik. Saya ucapkan terima kasih kepada en Harun Salleh yang membangkitkan perkara ini. Katanya lagi kalau saya ikhlas jangan minta UMNO campurtangan untuk menentukan AJK Masjid. Katanya lagi beliau tidak faham kenapa disebut gelanggang politik seolah-olah ia suatu penghinaan sedangkan ia adalah bidang yang mulia. Katanya lagi yang dilarang ialah politik ala Micheavelli seperti yang diamalkan UMNO.

Saya ingin nasihatkan Harun supaya hayati benar-benar perjuangan PAS samada mengamalkan politik ala-Michaevelli dan politik sekularisme atau tidak. Masih ingatkah En Harun kenyataan paling popular Nizar dalam Dewan Negeri Perak suatu ketika dulu bahawa PAS tidak memperjuangkan politik Islam dan negara Islam. Lupakah En Harun baru-baru ini bila Nik Aziz kata jawaban kepada kenyataan saya mengenai Nizar memakai serba hitam memegang lilin perlu diberi cara politik dan bukan cara agama.

Sekarang pula mahukan kembali bercakap soal perpaduan selepas Manek Urai seolah-olah segala penggunaan hujah agama hanya untuk kepentingan politik kepartian dan bukannya demi agama. Tuduhan pada UMNO sebagai komunis dan penganut ajaran Ayah Pin rupanya hanya permainan politik. Tidakkah ini dikatakan politik Macheavelli? Saya harap En Harun baca buku Macheavelli seperti the Prince untuk mengetahui apa itu politik Macheavelli dan siapa yang benar-benar mengamalkannya.

Saya setuju bahawa politik adalah suatu yang mulia sekiranya ia dihayati dengan baik dan sentiasa mencari kebaikan di dunia dan akhirat. Tetapi bagi hati yang keras (qalb qasi) ia bertindak dengan segala perbuatan kekerasan dan tidak memperdulikan samada dosa atau pahala bila memaki hamun, mencaci, menjatuhkan maruah orang dalam masjid dan surau. Apakah semata-mata hendak mengatakan bahawa politik dan Islam tidak ada pemisahan maka masjid dan suraupun digunakan bagi menjalankan politik kepartaian sehinggakan tidak ada lagi batas hukum.

Benarkah PAS selama ini tidak menggunakan masjid dan surau sebagai tempat indoktrinasi politik. Benarkah golongan yang digelar ustaz dan tuan guru tidak pernah memaki hamun sultan dalam masjid? Benarkah mereka tidak pernah maki hamun Tan Sri Mufti Perak dalam siri-siri tazkirah mereka? Hakikatnya UMNO dan orang politik yang tidak sehaluan dengan mereka telah dan dicaci serta dihina. Masjid dijadikan seperti masjid dirar (masjid yang dibina oleh kaum pemecah belah ummat Islam di zaman Rasulullah).

Soal pemilihan jawatankuasa masjid tidak timbul perpecahan samasekali. Sewaktu zaman BN memerintah senarai AJK masjid bercampur tanpa keterlaluan dimainkan oleh sentimen politik. En Harun tentunya maklum ada orang PAS, PKR dan UMNO dalam kariah yang menganggotainya. Tanyalah diri sendiri apakah bentuk kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan PR terhadap penyokong-penyokong BN yang menjadi aJK masjid. Namun En Harun lupa bahawa kuasa dalam hal-ehwal Islam berada dibawah Tuanku Sultan. Manakala Tuanku Raja Muda adalah Yang diPertua Majlis Agama Islam yang melantik dan mengesahkan perlantikan AJK Masjid.

Ingatlah ketika menuding jari kepada orang, empat jari lagi sedang menuding pada diri sendiri!

Read more...

PM TERLALU BERKUASA-Chua

Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, pemimpin BN paling kanan yang melompat menyertai Pakatan Rakyat berkata perdana menteri negara ini terlalu berkuasa. Katanya, perdana menteri mempunyai terlalu banyak kuasa ke atas institusi dan parlimen. Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Bagi beliau mengurangkan kuasa-kuasa tersebut dan memulangkannya kepada rakyat. Bekas naib presiden MCA itu - yang dua kali gagal merebut jawatan presiden - keluar dari parti itu untuk menyertai PKR dua minggu lalu.

Read more...

Tuesday, July 28, 2009

PERGI JAHANAMLAH UMNO-Nik Aziz


- sumber gambar dari bloggers

''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO. UMNO parti yang menyimpang dari ajaran Islam'' Petikan dari Utusan Malaysia.

Lupalah pulak.. Nik Aziz iktiraf UMNO sebagai kafir sebab kawan dengan MIC dan MCA. Tapi PAS bagaimana pulak??

Read more...

Monday, July 27, 2009

LUPAKAN SENGKETA POLITIK, KEMBALI KEPADA PERSAUDARAAN ISLAM

Kayu yang paling keras, akhirnya lembut juga... Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat dan melupakan sengketa politik. Beliau berharap perselisihan pendapat yang timbul dalam kalangan pemimpin politik terutama antara UMNO dan PAS dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

" Saya bersyukur kerana ini adalah satu kenyataan yang positif daripada Nik Aziz yang menunjukkan satu sikap Muslim yang baik. " reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pula berharap kenyataan Tuan Guru Nik Aziz untuk berbaik-baik dengan Kerajaan Pusat adalah ikhlas dan tidak membawa maksud lain.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula meminta Tuan guru Nik Aziz berpendirian lebih konsisten berhubung soal perpaduan di antara parti itu dengan Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO. Sikap konsisten itu penting kerana ia bukti keikhlasan untuk bersatu demi bangsa dan masa depan agama Islam.

Read more...

Friday, July 24, 2009

NIK AZIZ PERTAHAN NIZAR

Nik Aziz dah keluarkan "Fatwanya" hari ini. Anda boleh membaca artikel ini di surat khabar hari ini. Klik di sini..

Read more...

Thursday, July 23, 2009

GAMBAR PROGRAM PENGUCAPAN AWAM

Klik di sini untuk melihat gambar-gambar Program Pengucapan Awam yang telah dijalankan pada 18 dan 19 Julai 2009 di Pusat Latiah Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.

Read more...

NIK AZIZ ENGGAN KELUAR FATWA

Nik Aziz tidak berani atau enggan mengeluarkan "fatwa" berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Nizar Jamaluddin. (kalau pemimpin UMNO ada sahaja fatwanya). "Perhimpunan lilin apa tujuan sekalipun adalah syirik" kata seorang Pensyarah dari UIAM. Dewan Ulama PAS pula menyatakan bahawa Nizar "tidak sepatutnya" hadir nyalakan lilin. Tetapi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mempertahankan tindakan Nizar kerana ia tidak salah di sisi ajaran Islam. Apa pendapat anda...??

Read more...

DARI LAMAN BLOG TERPILIH



Klik disini untuk makluman lanjut..

Read more...

SELAMAT HARI LAHIR PM


SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA

Dato Sri Najib Bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN
YANG KE 56 PADA 23 JULAI 2009

Ikhlas Daripada

Pengerusi serta seluruh Ahli-Ahli Jawatankuasa
Biro Penerangan UMNO Bahagian Kota Raja

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

PUPUK SEMANGAT KERJA BERPASUKAN, HAYATI PRINSIP PERJUANGAN UMNO

Anggota Umno hendaklah memupuk semangat kerja berpasukan kerana setiap ahli mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing, kata Timbalan pengerusi Badan perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

Pada masa sama, katanya beliau mahu setiap anggota menghayati prinsip perjuangan menyertai Umno supaya parti kekal relevan, unggul dan menjadi tonggak pemerintahan.

“Setiap ahli Umno perlu bekerja sebagai satu pasukan, satu ketua atau nahkoda kerana kita semua ada peranan masing-masing. Kita bertanggungjawab membina sebuah pasukan yang mantap dan mampu mengharungi cabaran,” katanya pada majlis penutupan Bengkel Percambahan Minda Umno Bahagian Sepanggar di sini, Isnin.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata setiap anggota Umno hendaklah memahami erti perjuangan untuk parti dan tahu membezakan antara perjuangan dan perkhidmatan. Baca sepenuhnya...

Read more...

Thursday, July 16, 2009

AMARAN KEPADA PARA PEMBACA

Satu laman blog yang boleh menyesatkan para pembaca beragama islam telah dikesan. Berikut adalah alamat laman tersebut http://manatuhanallah.wordpress.com

Read more...

Wednesday, July 15, 2009

PROGRAM BENGKEL SEHARI "MARI BERHUJAH"

Biro Penerangan UBKR dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Selangor (JASA) akan mengadakan Program Bengkel Sehari "Mari Berhujah" Teknik Pengucapan Awam dan Penerangan Politik Masa Kini khas untuk Ketua-Ketua Penerangan 4 Sayap peringkat Cawangan. Bengkel ini diadakan bertujuan sebagai persedian awal UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 dengan menggerakkan serta memperkuatkan jentera Penerangan UMNO dengan memberikan maklumat mengenai peranan Penerangan serta teknik-teknik berkomunikasi dengan lebih efisien dan berkesan. Berikut adalah butir-butir program :

Tarikh
- 18 Julai 2009 - Ketua Penerangan Cawangan dan Wanita
- 19 Julai 2009 - Ketua Penerangan Pemuda dan puteri

Masa
0800-1800 HRS

Tempat
Dewan Auditorium ADTEC, Jalan Bukit Kemuning

Read more...

Tuesday, July 14, 2009

PERINGATAN BUAT PR, KHASNYA PAS

KEPUTUSAN PRK MANEK URAI
2009 – PAS: 5,348 undi, BN : 5,283 undi majoriti 65 undi
2008 – PAS menang dengan 1,352 undi

KEPUTUSAN pilihanraya kecil Manek Urai merupakan penringatan awal pada PAS. Walaupun berjaya mengalahkan calon BN, PAS tidak boleh berbangga dengan keputusan itu.

Merosotnya majoriti dari 1,352 undi ke hanya 65 undi sahaja mempamerkan sikap rakyat yang sudah mula bosan dengan karenah parti pseudo Islam itu. Tambahan pula ini berlaku di Kelantan kubu kuat PAS yang dikepalai oleh Mursyidul Amnya Nik Aziz Nik Mat.

Kenyataan Nik Aziz menyalahkan UMNO terhadap kemerosotan majoriti parti itu adalah sesuatu di dalam jangkakn. Alasan-alasan sebeginilah yang menyebabkan rakyat menyampah dengan PAS. Sepatutnya ia melaksanakan pembetulan dalaman dan bukannya menyalahkan orang lain.

Pemimpin PAS perlu menilai-semula diri mereka. Selagi ada pemimpin PAS seperti Nizar Jamaluddin yang mengalami masalah mental terlampau selagi itulah rakyat akan mula menyampah dan getik dengan PAS.

Read more...

KERAJAAN KELANTAN TIDAK MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB

Sejak 20 tahun lalu, kerajaan Pusat secara konsisten membekalkan air bersih yang dirawat kepada penduduk pedalaman negeri ini biarpun ia sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, namun masih terdapat 70 peratus daripada kawasan itu belum mendapat kemudahan tersebut yang memaksa penduduk menggunakan air tidak dirawat.
Katanya, sehingga kini terdapat 319 sistem rawatan air luar bandar (GFS) di seluruh negeri dengan Kuala Krai saja mempunyai 137 GFS, 38 daripadanya di Manek Urai.

''Bagaimanapun jumlah GFS itu masih belum mencukupi bagi menampung seluruh kawasan pedalaman di Kelantan iaitu 30 peratus sahaja, bakinya, penduduk terpaksa mengunakan air sungai.
''Kerajaan Pas Kelantan tidak menunaikan tanggungjawab itu,'' katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan GFS yang dipertingkatkan di Kampung Bukit Budu di sini hari ini bagi memenuhi keperluan beratus orang penduduk setempat.

Dari : UTUSAN MALAYSIA

Read more...

Saturday, July 11, 2009

TAHNIAH DATO SRI


UCAPAN SETINGGI-TINGGI
TAHNIAH

Kepada


YAB DATO SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK


Sempena


100 HARI SEBAGAI PERDANA MENTERI


pada

11 JULAI 209 BERSAMAAN 18 REJAB 1430H

Daripada

PENGERUSI, AHLI-AHLI JAWATANKUASA
BIRO PENERANGAN UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

Read more...

Monday, July 6, 2009

MANA PERGI JANJI NAK BELA RKYAT??

Guan Eng telah merasakan isu kampung buah pala sebagai beban dengan mengalihkan bebanan itu kepada kerajaan pusat yang diterajui BN. Ini menunjukkan kerajaan negeri P.Pinang yang diterajui Pakatan Rakyat GAGAL membela nasib rakyat dibawah pemerintahanya... CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN!!

Berikut adalah luahan hati penduduk kampung buah pala :-

1. C. Tharmaraj, 37, berkata, dia begitu kecewa dengan keputusan itu yang secara terang-terangan menggambarkan kerajaan negeri gagal menangani masalah yang sepatutnya diselesaikan oleh mereka sendiri. Katanya, Guan Eng bersama barisan kepimpinan negeri yang lain hanya pandai bermain kata-kata tetapi tidak mampu mengotakannya. “Ini semua cakap tak serupa bikin. Sekarang semua orang sudah tahu kerajaan negeri yang dipilih rakyat ini sebenarnya kelam-kabut. “Kampung ini kecil sahaja, itu pun tak boleh nak uruskan. Jangan haraplah nak mentadbir negara kalau begitu,” katanya.

2. M. Hemalatha, 23, berkata, tindakan untuk meminta bantuan Kerajaan Pusat itu dilihat seolah-olah mahu ‘bersembunyi di sebalik batu’ apabila gagal menangani masalah.

TETAPI WALAUAPAPUN, BN SEBAGAI KERAJAAN YANG PRIHATIN SEDIA MEMBANTU MENYELESAIKAN ISU INI. INI MENUNJUKKAN BN ADALAH KERAJAAN YANG MAMPU MENTADBIR DAN MENGOTAKAN JANJI-JANJINYA.. PR BOLEH?????

Read more...

PAKATAN RAKYAT = KERAJAAN PERPADUAN???

Nik Aziz pernah mengakui bahawa Pakatan Rakyat sudah mencukupi dijadikan sebagai Kerajaan PERPADUAN tanpa BN. Tapi bolehkah PR menjadi Kerajaan PERPADUAN??? Cuba anda lihat situasi di peringkat Negeri Kedah.. DAP umum secara rasmi menjadi wakil rakyat BEBAS. Itu baru Kerajaan Negeri tetapi bagaimana kalau PR memerintah Kerajaan Pusat??

Read more...
Sila klik tajuk pada ARKIB BLOG untuk melihat "post-post" yang telah disiarkan.
KEMASKINI TERAKHIR : 26 SEPTEMBER 2009

2009 © Hak Cipta Biro Penerangan UMNO Bahagian Kota Raja
Paparan terbaik menggunkan Mozilla Firefox 3. Klik di sini untuk memuat turun.
Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam laman ini.

  © 2009 BIRO PENERANGAN UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

Kembali ke ATAS