PERINGATAN BUAT PR, KHASNYA PAS
KEPUTUSAN PRK MANEK URAI
2009 – PAS: 5,348 undi, BN : 5,283 undi majoriti 65 undi
2008 – PAS menang dengan 1,352 undi
KEPUTUSAN pilihanraya kecil Manek Urai merupakan penringatan awal pada PAS. Walaupun berjaya mengalahkan calon BN, PAS tidak boleh berbangga dengan keputusan itu.
Merosotnya majoriti dari 1,352 undi ke hanya 65 undi sahaja mempamerkan sikap rakyat yang sudah mula bosan dengan karenah parti pseudo Islam itu. Tambahan pula ini berlaku di Kelantan kubu kuat PAS yang dikepalai oleh Mursyidul Amnya Nik Aziz Nik Mat.
Kenyataan Nik Aziz menyalahkan UMNO terhadap kemerosotan majoriti parti itu adalah sesuatu di dalam jangkakn. Alasan-alasan sebeginilah yang menyebabkan rakyat menyampah dengan PAS. Sepatutnya ia melaksanakan pembetulan dalaman dan bukannya menyalahkan orang lain.
Pemimpin PAS perlu menilai-semula diri mereka. Selagi ada pemimpin PAS seperti Nizar Jamaluddin yang mengalami masalah mental terlampau selagi itulah rakyat akan mula menyampah dan getik dengan PAS.