LUPAKAN SENGKETA POLITIK, KEMBALI KEPADA PERSAUDARAAN ISLAM
Kayu yang paling keras, akhirnya lembut juga... Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat dan melupakan sengketa politik. Beliau berharap perselisihan pendapat yang timbul dalam kalangan pemimpin politik terutama antara UMNO dan PAS dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.
" Saya bersyukur kerana ini adalah satu kenyataan yang positif daripada Nik Aziz yang menunjukkan satu sikap Muslim yang baik. " reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pula berharap kenyataan Tuan Guru Nik Aziz untuk berbaik-baik dengan Kerajaan Pusat adalah ikhlas dan tidak membawa maksud lain.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula meminta Tuan guru Nik Aziz berpendirian lebih konsisten berhubung soal perpaduan di antara parti itu dengan Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO. Sikap konsisten itu penting kerana ia bukti keikhlasan untuk bersatu demi bangsa dan masa depan agama Islam.