PUPUK SEMANGAT KERJA BERPASUKAN, HAYATI PRINSIP PERJUANGAN UMNO
Anggota Umno hendaklah memupuk semangat kerja berpasukan kerana setiap ahli mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing, kata Timbalan pengerusi Badan perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.
Pada masa sama, katanya beliau mahu setiap anggota menghayati prinsip perjuangan menyertai Umno supaya parti kekal relevan, unggul dan menjadi tonggak pemerintahan.
“Setiap ahli Umno perlu bekerja sebagai satu pasukan, satu ketua atau nahkoda kerana kita semua ada peranan masing-masing. Kita bertanggungjawab membina sebuah pasukan yang mantap dan mampu mengharungi cabaran,” katanya pada majlis penutupan Bengkel Percambahan Minda Umno Bahagian Sepanggar di sini, Isnin.
Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata setiap anggota Umno hendaklah memahami erti perjuangan untuk parti dan tahu membezakan antara perjuangan dan perkhidmatan. Baca sepenuhnya...