SORRY. WE ARE CURRENTLY PERFORMING SITE MAINTENANCE

PENGUMUMAN

Tuesday, July 14, 2009

KERAJAAN KELANTAN TIDAK MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB

Sejak 20 tahun lalu, kerajaan Pusat secara konsisten membekalkan air bersih yang dirawat kepada penduduk pedalaman negeri ini biarpun ia sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, namun masih terdapat 70 peratus daripada kawasan itu belum mendapat kemudahan tersebut yang memaksa penduduk menggunakan air tidak dirawat.
Katanya, sehingga kini terdapat 319 sistem rawatan air luar bandar (GFS) di seluruh negeri dengan Kuala Krai saja mempunyai 137 GFS, 38 daripadanya di Manek Urai.

''Bagaimanapun jumlah GFS itu masih belum mencukupi bagi menampung seluruh kawasan pedalaman di Kelantan iaitu 30 peratus sahaja, bakinya, penduduk terpaksa mengunakan air sungai.
''Kerajaan Pas Kelantan tidak menunaikan tanggungjawab itu,'' katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan GFS yang dipertingkatkan di Kampung Bukit Budu di sini hari ini bagi memenuhi keperluan beratus orang penduduk setempat.

Dari : UTUSAN MALAYSIA

Sila klik tajuk pada ARKIB BLOG untuk melihat "post-post" yang telah disiarkan.
KEMASKINI TERAKHIR : 26 SEPTEMBER 2009

2009 © Hak Cipta Biro Penerangan UMNO Bahagian Kota Raja
Paparan terbaik menggunkan Mozilla Firefox 3. Klik di sini untuk memuat turun.
Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam laman ini.

  © 2009 BIRO PENERANGAN UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

Kembali ke ATAS