SORRY. WE ARE CURRENTLY PERFORMING SITE MAINTENANCE

PENGUMUMAN

Monday, June 22, 2009

1MALAYSIA : SELAYANG PANDANG

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini ( www.1malaysia.com.my ) akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

Kata-kata oleh : YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Razak

Sila klik tajuk pada ARKIB BLOG untuk melihat "post-post" yang telah disiarkan.
KEMASKINI TERAKHIR : 26 SEPTEMBER 2009

2009 © Hak Cipta Biro Penerangan UMNO Bahagian Kota Raja
Paparan terbaik menggunkan Mozilla Firefox 3. Klik di sini untuk memuat turun.
Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam laman ini.

  © 2009 BIRO PENERANGAN UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

Kembali ke ATAS