SORRY. WE ARE CURRENTLY PERFORMING SITE MAINTENANCE

PENGUMUMAN

Tuesday, June 23, 2009

PR TOLAK KERAJAAN PERPADUAN


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang disifatkan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak menggugat kekuatan pembangkang yang semakin mendapat sokongan rakyat. Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga parti dalam PR mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan PR bagi membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang akan datang tanpa sebarang penyertaan UMNO-BN.

“Isu kerajaan perpaduan merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan PR yang semakin mendapat dukungan rakyat. “Namun, pada masa yang sama PR mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan dan mengembalikan semula integriti institusi kehakiman. “Selain itu, isu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selesaikan skandal PKFZ, salah guna kuasa polis, membanteras rasuah, jalankan pilihan raya yang adil dan bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak boleh juga dibincangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Ibu Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen semalam yang turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan-timbalan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung parti komponen Pakatan.

Sila klik tajuk pada ARKIB BLOG untuk melihat "post-post" yang telah disiarkan.
KEMASKINI TERAKHIR : 26 SEPTEMBER 2009

2009 © Hak Cipta Biro Penerangan UMNO Bahagian Kota Raja
Paparan terbaik menggunkan Mozilla Firefox 3. Klik di sini untuk memuat turun.
Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam laman ini.

  © 2009 BIRO PENERANGAN UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

Kembali ke ATAS